Unit Pengurusan Kolej & Non-Resident UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Unit Pengurusan Kolej & Non-Resident (UPKNR) diwujudkan khas untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada pelajar sama ada dari segi lahiriah mahupun dari segi rohaniah. Kepentingan unit ini semakin jelas kelihatan apabila wujudnya Akta 174 / Akta Institusi-Institusi Pelajaran. Konsep sebenar UPKNR adalah berlandaskan falsafah Piagam UiTM dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana yang selesa kepada semua penghuni kolej supaya menjadi bumiputera yang cemerlang dalam bidang akademik dan segala aspek kehidupan seharian yang lain.

UPKNR diwujudkan bagi menyelaras penempatan pelajar dan  kemudahan pelajar di kolej-kolej kediaman. Menyelaraskan segala keputusan dasar baru HEP berkaitan dengan penempatan pelajar dan makanan pelajar disemua kolej-kolej kediaman. Unit ini turut bertanggungjawab terhadap kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh unit ini adalah:

  1. Menyelaras permohonan pelajar mendapat tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.
  2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTMT.
  3. Melaksanakan kaedah sistem eHEP, iKolej dan iPelajar untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej-kolej kediaman.
  4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot dan Kafetaria di kolej-kolej kediaman.
  5. Menyelaraskan sewaan penempatan kolej kepada pelajar dan organisasi luar.