UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu yang dulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Terengganu(KYT), iaitu sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang pertama di Malaysia. Bermula pada 18 Disember 1991, satu M.O.U antara Yayasan Terengganu dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pada Selasa 01 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambilalih KYT secara lock, stock and barrel untuk dijadikan UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu.

Di kampus ini terdapat satu sahaja kolej iaitu Kolej Kerawang. Ia terdiri daripada dua buah blok kolej iaitu blok Kasa untuk pelajar siswa dan blok Sutera untuk pelajar siswi. Ia telah siap dan digunakan bermula pada tahun 2007.

Kapasiti keseluruhan Kolej Kerawang ialah sebanyak 950 orang.

Terdapat dua orang SRK untuk Kolej Kerawang yang bertugas menjaga pelajar dan seorang SRK bertugas untuk satu-satu masa bagi pelajar blok Kasa (Siswa) dan Sutera (Siswi).

Blok Kasa mempunyai 114 buah bilik dan kapasiti yang boleh diisi seramai 488 orang. Blok Sutera mempunyai 184 buah bilik dan kapasiti yang boleh diisi seramai 462 orang. 

Setiap Blok dilengkapi dengan kemudahan pantri yang dilengkapi dengan ketuhar gelombang, pembakar roti, mesin penapis air Coway, peti ais, mesin basuh, ampaian jemuran, televisyen