PAKAIAN DAN RUPA DIRI

Siswa

1. Ciri umum

  • Bersih dan kemas.
  • Tidak memakai perhiasan termasuk memakai anting-anting, subang atau gelang tangan.
  • Tidak memakai topi dalam bangunan / blok perpustakaan, akademik, dewan kuliah dan pejabat.
  • Memakai tali leher / baju kemeja setiap hari Isnin (Hari Korporat UiTM).

2. Baju

  • Berlengan dan berkolar.
  • Tidak terlalu besar (over size).
  • Tidak bertampung-tampung dan koyak.
  • Baju jenis masuk ke dalam (tail – cut) hendaklah kemas dan dimasukkan ke dalam seluar.
  • Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar.

3. Seluar

  • Seluar panjang.
  • Tidak koyak dan bertampal-tampal.
  • Kaki tidak berserabut dan berbulu-bulu.

4. Kasut

  • Hendaklah sempurna.
  • Tidak memakai selipar atau terompah.

5. Rambut

  • Kemas dan diurus rapi.
  • Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju, rambut hadapan tidak melebihi kening dan rambut tepi tidak menutup telinga).
  • Tidak terbiar hingga boleh menghilangkan identiti seorang lelaki.
  • Fesyen rambut tidak melambangkan budaya asing.

Siswi

1. Ciri umum

  • Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.
  • Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, kafeteria dan pejabat.
  • Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM).
  • Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.                        

2. Baju

  • Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan.
  • Bahagian neck-line tidak terdedah.
  • Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan.
  • Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung.
  • Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar.

3. Sarung

  • Tidak terbelah.
  • Tidak jarang.

4. Seluar

  • Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan.
  • Tidak jarang.
  • Tidak koyak dan bertampal-tampal.
  • Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung.

5. Pakaian Sukan

  • Memakai track bottom ketika ke padang atau berjoging di dalam kampus.
  • Pemakaian tight-fit / seluar pendek ke paras lutut cuma dibenarkan ketika berada di padang sahaja (lelaki sahaja).
  • Pakaian kolam renang adalah sepertimana yang ditetapkan oleh J/K Renang UiTM.