Kaedah 3 : Larangan Am

 Seseorang pelajar tidak boleh:

  • berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yangboleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatanawam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib;
  • melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis,sama ada di dalam atau di luar kampus;
  • menggendalakan atau apa-apa cara mengganggu, ataumenyebabkan digendala atau dengan apa-apa cara diganggu,apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atauapa-apa aktiviti yang dijalankan oleh atau dibawah arahan ataudengan kebenaran Institusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yangboleh menyebabkan penggendalaan atau penggangguan itu;
  • menahan, menghalang atau mengganggu atau menyebabkan ditahan,dihalang atau diganggu, mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerjaInstitusi atau seorang yang bertindak di bawah arahan atau kebenarankakitangan, pegawai atau pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya, atau melakukan apa-apa perbuatan yangboleh menyebabkan penahanan, penghalangan atau penggangguan itu;
  • menahan atau menghalang, atau menyebabkan ditahan ataudihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri sesuatu kuliah, tutorial atau kelas atau daripada mengambil bahagian dalamsesuatu aktiviti yang sah, atau melakukan apa-apa perbuatanyang boleh menyebabkan penahanan atau penghalangan itu;
  • mengatur, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau aktiviti yang sah lain yang dijalankanoleh atau dibawah arahan atau dengan kebenaran Institusi;
  • merosakkan dengan apa-apa cara atau menyebabkan dirosakkan denganapa-apa cara apa-apa harta Institusi, atau melakukan apa-apaperbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan itu;
  • mengusik, mengganggu, mengalih atau dengan apa-apa cara melakukansesuatu ke atas apa-apa jua benda, objek barang atau harta ataudengan diketahuinya melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkanapa-apa perbuatan dilakukan di dalam kampus dengan tujuanuntuk menyebab atau mungkin menyebabkan apa-apa halangan, kesusahan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada seseorang;
  • melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak pegawaiperpustakaan, seorang kakitangan perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain mengenai penggunaan perpustakaan, bukunyadan kemudahan lain didalamnya;
  • membawa masuk atau keluar ke dalam atau daripada bilik peperiksaanapa-apa buku, kertas, dokumen atau gambar , kecuali yang dibenaroleh pemeriksa, atau menerima apa-apa buku, kertas, dokumenatau gambar daripada mana-mana orang lain semasa di dalam bilikpeperiksaan itu, kecuali bahawa seseorang pelajar boleh, semasa iadi dalam bilik peperiksaan itu, menerima daripada penyelia, apa-apabuku, kertas, dokumen, gambar atau benda lain yang dibenarkanoleh Ketua Eksekutif Institusi;
  • berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaandengan apa-apa cara jua pun.

.

Kaedah 9 : Mengatur dsb., perhimpunan

  • Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Eksekutifatau kebenaran seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Eksekutifuntuk memberi kebenaran itu, boleh mengadakan, mengatur, memanggil ataumenyebabkan diadakan, diatur, dipanggil atau dengan apa-apa cara terlibatdalam mengadakan, mengatur, memanggil atau dalam menyebabkan diadakan, diatur, dipanggil atau dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, mengatur, memanggil sesuatu perhimpunan seramai lebih daripada limaorang di mana-mana bahagian kampus atau atas mana-mana tanah atau dalammana-mana bangunan yang dipunyaioleh atau yang ada di bawah milikan ataukawalan Institusi atau yang digunakan bagi maksud Institusi.
  • Pada memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1) Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya untuk memberi kebenaran itu boleh mengenakan apa-apa sekatan ,terma atau syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berhubung dengan perhimpunan yang dicadang itu.

Kaedah 10 : Pemunyaan,milikan dan penggunaan pembesar suara,dsb.

  • Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan ,badana tau kumpulan pelajar boleh mempunyai,atau menggunakan,atau ada dalam milikan,jagaan atau kawalannya, sesuatu pembesar suara,pelaung suara,penguat suara,atau alat lain yang seumpanya:
  • Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif,atau seseorang yang diberikuasa olehnyasecara bertulis,boleh membenarkan secara bertulis,apa-apa alat untuk dipunyai,digunakan atau dimiliki oleh seseorang pelajar atau sesuatu pertubuhan pelajaruntuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan , terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu atau suai manfaat dikenakan padamemberi kebenaran itu.

Kaedah 11 : Membuat, mengguna, menunjukkan, mempunyai, dsb., panjí, pelekat, dsb.

Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badana tau kumpulan pelajarboleh-

(a)Membuat atau menyebabkan dibuat atau melakukan sesuatu perbuatan untuk membuat atau menyebabkan dibuat;atau

(b)mengibar,mempamer,menunjukkan atau dengan apa-apa cara menggunakan, atau menyebabkan dikibar,dipamer,ditunjukan atau dengan apa-apa cara digunakan;atau

(c)mempunyai atau ada dalam milikan,jagaan atau kawalannya,sesuatu bendera

,panji,pelekat,poster,lambang atau alat lain yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatatertib,kekacauan,keengkaran atau pelanggaran terhadap kaedah –kaedah ini.

Kaedah 12 : Menerbitkan, dsb., dokumen

(1) Tiada seseorang pelajar,dan tiada sesuatu pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar boleh menerbitkan,membahagikan atau mengedar apa-apa dokumen di dalam atau di luar kampus;

 Dengan syarat bahawa Ketua Eksekutif,atau seseorang yang diberikuasa olehnya secara bertulis ,boleh membenarkan secara bertulis sesuatu dokumen tertentu diterbitkan,dibahagikan atau diedarkan untuk apa-apa maksud dan tertakluk kepada apa-apa sekatan,terma atau syarat sebagaimana yang difikirkanoleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa olehnya sebagaimana tersebut di atas perlu atau suai manfaat dikenakan pada memberi kebenaran itu.

(2)Kebanaran yang dikehendaki di bawah kaedah ini adalah tambahan kepada apa-apa lesen,permita tau bentuk kebenaran lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang yang lain.

Kaedah 13: Aktiviti Pelajar Di Luar Kampus

Tiada seseorang pelajar,dan tiada sesuatu pertubuhan,badana tau kumpulan pelajar, boleh mengatur,menjalankan atau menyertai sesuatu aktiviti diluar kampus, kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis Ketua Eksekutif terlebih dahulu dan dengan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa sekatan,terma atau syarat yang difikirkan oleh Ketua Eksekutif perlu atau suai manfaat dikenakan.

Kaedah 14 : Pelajar Bertugas Dalam Pekerjaan

Tiada seseorang pelajar, di dalam atau di luar kampus,boleh bertugas dalam apa –apa pekerjaan,perniagaan,perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separa masa, yang pada pendapat Ketua Eksekutif adalah tidak wajar.

Kaedah 15: Representasi Berhubung Dengan Institusi

Tiada seseorang pelajar,dan tiada sesuatu pertubuhan badana tau kumpulan pelajar, boleh kecualikan mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Eksekutif membuat,berhubung dengan apa-apa perkara berkaitan dengan Institusi atau dengan kakitangan atau pelajar Institusi itu, atas sifat mereka sebagai demikian, atau berkaitan dengan dirinya sebagai seorang pelajar Institusi  itu, apa-apa perhubungan lain,sama ada secaralisan atau secara bertulis atau dengan apa –apa cara lain,kepada seseorang pegawai awam,atau kepada akhbar,atau kepada orang ramai dalam masasesuatu syarahan,ucapan atau pernyataan awam atau dalam masa sesuatu penyiaran dengan suara atau gambar.

Kaedah 16: Bantahan Pelajar Terhadap Kemasukan ,

Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar,boleh membuat apa-apa bantahan secara lisan atau secara bertulis atau dengan apap –apa cara lain terhadap kemasukan atau terhadap kehadiran orang,badana tau kumpulan itu dalam kampus, atau terhadap ketidakmasukan atau penyingkiran orang,badan atau kumpulan itu dari kampus.

Kaedah 17: Judi Dalam Kampus

Tiada seseorangpelajar,dan tiada sesuatu pertubuhan,badana tau kumpulan pelajar,boleh mengatur,mengurus,menjalankan atau membantu dalam mengatur,mengurus  atau menjalankan,atau menyertai, apa-apa judi,pertaruhan atau loteri dalam kampus.

Kaedah 18 : Minum atau memiliki minuman keras dan mabuk

(1)Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknnya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman keras di dalam kampus.

(2)Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kampus adalah bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib

Kaedah 19: Bahan Lucah

(1)Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucha di dalam kampus.

(2)Tiada seseorang pelajar,dan tiada sesuatu pertubuhan ,badan atau kumpulan pelajar,boleh membahagikan,mengedar atau mempamerkan,atau menyebab dibahagikan,diedar atau dipamerkan atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam membahagi,mengedar atau mempamer apa-apa bahan lucah di dalam kampus;seseorang pelajar adalah disifatkan sebagai membahagikan,mengedar atau mempamerkan sesuatu bahan lucha,tidak kira sama ada pembahagian pengedaran atau pemameran itu adalah kepada satu orang sahaja atau lebih daripada satu orang dan tidak kira sama ada atau tidak pembahagian,pengedaran atau pemameran itu adalahuntuk mendapat bayaran atau apa-apa balasan lain.

(3)Tiada seseorang pelajar boleh melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kampus.

Kaedah 20 : Dadah dan Racun

(1)Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalnnya apa-apa dadah atau racun.

(2)Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknnya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas,alas,radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib,adalah direka bentuk atau dimaksud untuk digunakan bagi memakna atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

(3)Tiada seseorang pelajar boleh memberi,membekal,mengadakanatau menawarkan atau bercadang hendak memberi,membekal,mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang.

(4)Tida seseorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap,atau menyedut,atau memasukkan ke dalam badannya dengan caran suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain,apa-apa dadah atau racun.

(5)Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971(Akta 50).

(6)Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalahatau sesuatu kesalahan tatatertib.

Kaedah 21: Kebersihan Dalam Kampus

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-mana asrama,dewan kuliah,jalan,taman atau kekemasan mana-mana bahagain kampus lain atau kebersihan atau kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus.

Kaedah 22: Membuat Bunyi Yang Menggusarkan dan Mengganggu

Seseorang pelajar tidak boleh membuat bunyi atau bising atau menyebabkan diterbitkan apa-apa bising atau bunyi,dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara,jika bising atau bunyi itu menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain di dalam kampus.

Kaedah 23: Tempat Tinggal atau Tempat Tidur di Kampus

Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama dam Institusi.

Kaedah 24 : Memasuki Bahagian Larangan Kampus atau Bangunan

Seseorang pelajar tidak boleh memasuki mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripada bangunan di dalam kampus jika pelajar amnya atau pelajar atau golongan pelajar yang berkenaan,khususnya adalah dilarang masuk ke dalamnya.

Kaedah 31 : Cermat Pada Menggunakan Premis Asrama dan Larangan

(1)Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat yang sewajar dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencactkan,menggotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian taman atau bangunan atau apa-apa benda atau lekapan didalamnya.

(2)Dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan di dalamnya seseorang pelajar hendaklah berhemat cermat bagi memastikan supaya ia tidak menyebabkan apa-apa kesusahan,kegusaran,halang atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain.

(3)Seseorang pelajar menetap, sama sekali dilarang memasak di dalam biliknya kecuali didalam bilik yang disediakan.

(4)Tiada seorang pelajar boleh ada dalam milikannya atau dibawah jagaan atau kawalnya apa-apa jenis binatang di dalam biliknya atau premis asrama.